NAK KERJA KE BELAJAR?

Aduh, pening!

Pening yang sangat-sangat-SANGAT PENING!
Migrain aku.

Kita sambung story daripada cerita masa aku dapat tawaran belajar nih. Lau tak baca lagi, boleh tekan sini - Takut berakhir, tapi belum bermula. Tajuk entry serupa drama tahun awal 20-an!

Btw, yg atas tu post masa Oktober 2019. Sekarang dah April 2020.

Musim covid 19!!

Disebabkan terperangkap dalam rumah tak boleh pergi mana-mana lah, aku teringat pasal blog aku yang sendu nie. Tak sangka, ada jugak yang baca ya. Thanks!

Okay, lets begin.

Masa aku dapat result sambung belajar tu, aku gembira. Aku gembira sangat sebab aku akhirnya dapat continue study dekat ipta. Dekat UiTM Puncak Perdana chuolls. U dax-dax retis bina nama tuh hahaha. Aku dapat dalam fakulti Filem, teater dan animasi (FiTA). Kos, penulisan skrin. Macam mana kos nie? Nanti aku story okay. Boleh dikatakan nie kos baru jugak. Dan cara pembelajaran kami juga baru. 2 years university and 1 year industry (2u1i) which is kami adalah batch kedua 2019/2020 yang akan belajar selama 2 tahun di universiti dan praktikal selama setahun di industri. Menarik bukan?

Okay back to the main point.

Aku waktu tu pening sebab dalam fikiran aku mula ada dua target masa hadapan.

SATU - aku nak kerja, nak kumpul duit, nak beli kereta dan kawen.
DUA - aku nak belajar fulltime tapi aku nak kerja sebab nak kumpul duit

MATLAMAT AKU YANG HUJUNGNYA SAMA JE. NAK KUMPUL DUIT!

Yes. Waktu nie ramai lah aku tanya mintak pendapat. Daripada kawan-kawan, mak ayah, makcik pakcik sampai yang pangkat besar semua. Majoriti kata sambung je part time study. Mama abah je kata, pergi belajar fulltime. Duit boleh cari.

Aku fikir punya fikir. Siap berbincang menangis melalak dengan kekasih. Dia pun antara geng mama abah. Suruh sambung belajar je fulltime. Kawen boleh tunggu. Kejar matlamat dulu. Hahaha.

Disebabkan aku nie adalah anak mama abah dan kesayangan kekasih maka aku pun pilih untuk sambung belajar secara fulltime atau sepenuh masa..

Bila dah tekan "terima" dalam tawaran belajar tuh, keluarlah hari dan waktu pendaftaran yakni lagi 2 minggu daripada tarikh aku terima tawaran belajar! Dan waktu tu jugak, aku masih ada kontrak dengan SeraiMas. Aku fikir, aku tak boleh suka-suka berhenti kerja 24 jam sebab:

1. SeraiMas ada undang-undang.
2. Masuk cara baik, keluar cara baik.

Cenggitu.. Aku nie sopan orangnya. Orang bagi bunga, kita bagi buah.
Orang bagi api, kita bagi cili.

Maka, fikir punya fikir, call pihak uitm minta pendapat macam mana. Syukur staf UiTM Puncak Perdana jenis angkat call. Masa call UiTM Shah Alam atau induk untuk tanya yuran, susah amat! Tapi aku faham, sana induk. Mesti ramai punya yang direct call sana.

Sehinggalah akhirnya aku mendapat jalan penyelesaian.

AKU BUAT PENANGGUHAN PEMBELAJARAN = CUTI KHAS SELAMA 1 SEM

Nampak. Aku masuk lewat siked, sebab nak habiskan kontrak dengan SeraiMas. Sayang nak tinggal tempat tu sebenarnya, aku banyak belajar benda baru dan aku memang suka job yang aku dapat. Mungkin aku just tidak memberangsangkan je la dekat dalam sana.

Aku tahu, mungkin keputusan aku nak sambung belajar nie macam mengarut. Sebab aku dah dapat kerja yang memberangsangkan. Gaji aku masa tu tahap degree sedangkan aku lepasan diploma. Tapi aku percaya dengan kata-kata mama abah. Rezeki ada dimana-mana. Aku sambung belajar pun, adalah sebuah rezeki. Kerja dan belajar adalah rezeki. At least, aku dapat ilmu baru. Yang aku rasa betul-betul baru. Nanti aku cerita pulak macam mana pembelajaran kos screenwriting nie okay!

Oleh itu, dengarlah cakap mak bapak hahaha. Apa-apa pun keputusan kita, sebenarnya tak ada yang salah. Mungkin ada cabaran dan dugaan. Kita cuma kena hadap dan fikir jalan penyelesaian. Bukan duk kenang,

"kalau lah aku.."
"kenapa dulu aku.."
"sepatutnya aku..."

Ah, bullshit!

Allah letak sesuatu hamba dekat sesuatu kawasan semuanya bersebab. Kita yang memilig juga adalah bersebab. Kadang-kadang kita tak nampak lagi sebabnya. Tapi time by time insha Allah nampak.

Btw, sekarang aku sangat struggle belajar kelas online musim-musim pkp nih. Peninggggg amat!! Nanti la aku share pasal pkp nie huuu (nangis)

Comments

Popular Posts