TAKUT BERAKHIR, TAPI BELUM BERMULA.

Assalamualaikum dan salam sejahtera, guys.

Baca the judul?
Takut berakhir, tapi belum bermula.
Ketakutan dalam diri kita nie kadang melampaui logik akal dan keadaan realiti. Melampau2 bayangan sehingga segala nawaitu dan pergerakan boleh terbantut di awal atau pertengahan jalan. Itu lah apa yang terjadi dekat aku, masa panggilan sambung degree sampai.

Pada usia 23 tahun ini, aku baru sahaja nak menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda. Bagi aku, ia LAMBAT. Ya, lambat. Tapi.. Ramai yang kata, actually tak ramai.. Orang2 terdekat aku semua kata, "takpe Ra, kau muda lagi. Sambung lah."

I believe.. yang aku terlambat untuk sambung. Dah twenty-three kot. Graduate usia twenty-five. Hm, lambatnya. Lambat!

Banyak mana aku fikir pun, akal dan aksi aku tak selari ketika itu. Termasuk hati. Aku, sebagai jasad, aku keliru nak ikutkan yang mana. Ikut kata akal, kata hati atau pergerakan?

Panggilan degree dipanggil semasa Februari 2019. Boleh kata dua minggu sebelum tarikh itu, aku tengah bekerja. Dan kontrak aku tamat lambat lagi. Bulan May tak silap. Aku tak boleh berhenti 24 jam or awal sebelum tarikh notis yang ditetapkan. Aku takut kena bayar. Belum tamat kontrak kan masa tu. So, bincang punya bincang dengan budak2 ofis, dengan kau, dengan mama abah, dengan ofismet UiTM, akhirnya aku jumpa solusi.

Aku ambil cuti khas selama satu sem. Maknanya, aku akan masuk semester satu aku pada semester akan datang, yakni pada bulan September. Bagi pelajar2 UiTM yang rasa nak ambil cuti khas atas faktor tertentu seperti tengah2 belajar, parents kedua2nya sakit, tiba2 mengandung nak bersalin, sakit kena warded, or anything else yang mempunyai reason kuat dan kukuh, korang just apply online je.

Aku ajar la siked stepnya okay.

1. Pergi website sini - UiTM Student Form
2. Tekan link di nombor 17 - akan keluar 'Special Leave of Absence Application'
3. Login student nombor & password
4. Baca syarat-syaratnya dan apply leave.

**layak mohon cuti khas 2x sahaja sepanjang pengajian

One word. Simple. Tapi reason must be betul2 urgent and ada bahan bukti. Macam aku, aku ada surat daripada pihak syarikat. That's why permohonan cuti khas aku diluluskan. Kena bayar yuran cuti khas ye sebanyak RM55 sahaja.. Boleh transfer terus ke akaun Bank Islam Uitm.

Tapi masa awal2 nak mohon cuti khas nie aku banyak call pihak uitm jugak lah. Termasuklah KPP Penulisan Uitm aku, siap tanya macam mana and nak jumpa nak sign boran cuti khas bagai. Last2 dye kata, no need jumpa, just apply online je. - Okay.

About 2 weeks macam tu kot, application aku diusulkan oleh mereka2 di uitm siap bawak masuk meeting katanya. Akhirnya, permohonan aku diluluskan. Ye la, kalau tak lulus aku kena fikir betul2 dengan lebih kritkal lagi sama ada nak lepaskan panggilan UiTMand continue kerja, atau sebaliknya. Dua-dua ada pro and cons nya.

Maka, selama satu sem lah aku cuti khas dan selama itu juga aku bekerja seperti biasa. Tugasan aku sebagai Content Writer di SeraiMas Herbs Sdn Bhd kena create content di media social seperti FB, IG dan website (artikel). Selain itu, aku kena fikir benda baru untuk menonjolkan lagi produk dimata-mata rakyat terutama sekali mereka yang kami target. Sepanjang aku disitu, aku jaga produk kecantikan (skincare).

Dalam masa 5-6 bulan itu juga lah aku sentiasa berfikir nak pergi sambung belajar ke tidak. Aku berfikir dengan sangat-sangat-sangat lama. Walaupun aku dah decide, "ya, aku sambung belajar". Tapi deep inside my mind and heart, aku masih teragak-agak.

Jujur, aku dah tak ada mood nak belajar sebenarnya. Aku nak kumpul duit, aku nak beli kereta masa tu. Aku nak pakaian baru yang cantik2. Aku nak makan sedap2. Aku nak berjalan-jalan. Nak bawak family jalan. Belanja adik2 aku makan sedap. Aku nak kahwin. Aku nak enjoy, dengan duit aku sendiri. Aku nak menyimpan, nak menabung dengan serius. Aku nak buat semua tu. Serius.

Belajar? Jauh tertinggal masa tahun 2018.

Tapi, dalam sibuk aku berfikir, mencongak, aksi aku tetap proceed untuk belajar. Aku fikir, "tak apa lah aku tak dapat nak menabung secara serius sekarang, aku belajar lah." Sebenarnya, belajar sampai ke peringkat degree ini adalah salah satu impian mama abah aku. Walaupun mereka tak bagitahu, tapi aku macam dapat tangkap keinginan mereka nak tengok anak sulung mereka ini belajar sampai dapat degree.

Aku pun, rendahkan segala keinginan kebebasan aku itu, dan tamatkan kontrak pada bulan 7. Sebab after kontrak renew pada bulan 5, aku boleh continue for only 3 months sahaja. Kontrak pun kontrak lah. Ofis dekat dengan rumah, dengan keluarga, dengan mama abah dan adik beradik. Jimat makan dan sebagainya. Syukur..

Bulan 7 aku berhenti. Aku menganggur dirumah selama dua bulan sebelu masuk mendaftar diUiTM. Kerja aku sepanjang menganggur hanyalah memasak. Macam2 aku masak. Seronok sangat memasak nie. Tak pasal2 aku pandai buat lauk chicken buttermilk, daging masak kicap, daging paprik, dan sebagainya. Rindu nak memasak lagi huhuhu (masa aku type nie, aku dah berada di Uitm..)

Oleh itu, berbalik kepada judul entry ini, 'takut berakhir, tapi belum mula', aku adalah sejenis manusia yang sering berfikiran negatif jika terlalu dalam aku fikir. Aku selalu fikir positif dulu, baru negatif. Tapi keputusan yang aku buat ini, aku tahu, akan mengubah kehidupan aku tak 100% pun maybe 70% lah. Sebab, jatuh grade daripada pekerja kepada pelajar secara sepenuh masa..

Aku sedih, tapi aku terima dengan seadanya.. Aku yakin, keputusan aku sambung degree secara fulltime di Uitm Puncak Perdana mungkin akan ada sesuatu yang bakal aku kecapi dengan bangganya disini. Dan mungkin, akan ada sesuatu yang Allah nak tunjukkan atau berikan kepada aku. Aku redo.

Maka, aku pun belajarlah...

Next entry, aku akan bercerita tentang pengalaman aku ketika mendaftar dan sudah berada di UiTM selama sebulan baru ini. Aku akan cerita lebih detail tentang kos aku, subjek, aktiviti disini dan sebagainya. Wait kayh!

Love ya!

Comments

Popular Posts